Skip to main content

Posts

Melayu.....

MELAYU OH MELAYU by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, March 22, 2011 at 11:31am.1. (Perkongsian ilmu ini saya ambil dan kongsikan bersama anda dari laman blog Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, insan yang amat saya kagumi ketokohannya, moga intipati dari laman ini dapat menyedarkan kita semua; tentang nasib bangsa kita). Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dia dilahir berbangsa Melayu.  Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.  Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.  Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempa...

Pisang dan kisah di Lost World of Tambun, Perak

Kisahnya, kepala duk pening.  Pening yang dicari, so takdelah sakit ati.  Pening sesangat sebab dua tiga menjak nie, kepala teman asyik terbayang pisang aje.  Tidur pisang, makan pisang, main pisang, makna katanya pisang ajelah.  Disebabkan asyik terkenangkan pisang dua tiga menjak nie, so teman terfikirkan sesuatu.  Terfikir nak buat innovasi makanan berasaskan pisang.  So sesapa yang nak share idea, dipersilakanlah.  Bolehlah nanti kita majukan pisang untuk negara. Di waktu yang sama, hati terkinja-kinja nak gi jejalan.  Padahalnya satu innovasi makananpun tak terhasil lagi.....  Takpelah, kita buat slow-slow.  Nie ari nie teman nak bercerita jugak tentang Lost World of Tambun, Perak.  Sebabnya, dalam bebanyak dunia yang dah hilang la nie, anak teman kalau tanya pendapat nak gi mana, mesti tempat nie yang dia orang suggestkan. So apa keistimewaan tempat nie, marilah kita sharekan bersama (untung-untung lepas nie ...

Tahun baru yang haru

Saya tidak menjangkakan sebarang sambutan, pengharapan dan persediaan untuk tahun baru.  Tidak seperti ketika zaman kanak-kanak, tahun baru saya dipenuhi dengan berbagai azam dan semangat.  Ialah tahun baru bagi kanak-kanak amat berbeza kerana ianya disambut dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti di akhir tahun dan bukan itu sahaja mereka juga akan bertukar kelas ke tingkatan yang lebih tinggi mengikut usia dan keputusan peperiksaan akhir tahun.  Bertemu rakan baru, cikgu baru dan pembelajaran baru.  Bagi yang telah berumur seperti saya (ops! saya masih muda lagi tau....; umur je yang semakin berganjak tapi teman still muda kay.....).   Tiada sebarang tarikan pada kedatangan tahun baru. Dalam leka tidak membuat sebarang persediaan, saya terlupakan sesuatu.   Saya lupa nak periksa baju sekolah anak-anak.  Nasib secara kebetulan semalam, sehari sebelum sekolah bermula saya terlintas menyuruh anak-anak mencuba semula baju sekolah lama ...

Tanah Melayu tergadai pada Ceti

Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti Oleh Faridzwan Abdul Ghafar faridzwan@bharian.com.my 2011/11/24 Waris Pulau Pinang tumpang tanah sendiri Membaca tajuk beritanya saja sudah membuatkan hati saya merasa sayu.  Mengikut apa yang dikatakan oleh saudara Faridzwan, sebanyak 252 lot tanah dianggarkan bernilai RM2 bilion membabitkan kediaman dan dusun, yang kebanyakan milik orang Melayu Pulau Pinang dirampas oleh Chettiar atau ceti sebagai gantian cagaran pinjaman nenek moyang mereka beberapa dekad lalu tanpa disedari waris sekarang.  Kebanyakkannya  terletak di 13 mukim dalam daerah Barat Daya.  Kini kesemuanya sudah bertukar hak milik kepada 543 individu daripada golongan berkenaan yang kini dipercayai menetap di India.  Dalam hati sempat berbicara, "entahkan kaum kerabat Chettiar ini pun mungkin tak sedar yang mereka mempunyai warisan tanah di Pulau Pinang. Gadaian tanah berlaku berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu...

Apa hukumnya makanan yang kita makan

Apakah anda sedar yang selama ini setiap molekul makanan francais dari barat mengandungi sistem Dajal?  Perasankah anda, ibu bapa anda lebih taat pada atuk dan nenek anda jika dibanding dengan anda.   Setelah berkeluarga dan mempunyai anak (alhamdulilah), saya sering mempersoalkannya di dalam hati.  Kenapa sukar benar hendak mendidik anak2 zaman sekarang, tidak seperti di zaman saya dahulu.  Tahukah makanan apa yang anda sediakan untuk keluarga anda setiap hari?  Saya suka memasak, tetapi bila mempunyai kelapangan.  Dan pastinya saya amat yakin dan percaya surirumah, ibu2 berkerjaya hampir sependapat dengan saya.  Sama ada kita sedar ataupun tidak sebenarnya kita jauh lebih beremosi berbanding ibu dan bapa kita sewaktu mereka sebaya kita, Hem! kenapa yea?  Anda adalah hasil dari apa yang anda makan...Itu jawapan yang paling tepat.  Saya baru teringat, secara kebetulan semalam ketika melayan anak makan tengahari di k...

Bila guruh berdentum

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya." Doa di atas merupakan satu doa yang dibaca oleh Abdullah bin az-Zubair ketika mendengar guruh.  "Apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: "Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatatu min khifatih," yang bermaksud : "MAha suci bagi guruh yang bertasbih memuji-Nya," kemudian beliau berkata, "Ini adalah peringatan yang dahsyat kepada ahli bumi." Saya mencoretkan ingatan ini ketika hujan masih renyai di luar jendela.  Hujan masih turun, mata makin layu; apatah lagi bila perut telah kenyang terisi.  Tapi hujan dan guruh yang berlaku di luar jendela sana mengamit saya pada petikan ayat doa dan ingatan ini (yang saya perolehi dari bahan bacaan saya yang berjudul Tuhan masih mencintaiku).  Elok rasanya saya kongsikan bersama agar dapat menjadi panduan dan ingatan kepada kita semua. Sia...

Bahagia yg dicari, jgn sampai nyusahkan orang.....

Hati memang tengah membara..... entahlah, mungkin sebab titik hitam masih wujud dalam diri.  Saya masih cuba untuk mengikhlaskan diri tapi tak berjaya.   Perlakuan insan tersebut amat menyakitkan hati saya.  Marah, geram, sakit hati bercampur menjadi satu.  Adakah ini tandanya hati saya masih tidak bersih????  Biar Allah yang menentukan, sebagai manusia saya juga punya kesilapan, punya perasaan yang kadangkala tidak dapat dikawal perasaannya.  Apa yang menyebabkan saya rasa cam nak jadi ribut taufan plus puting beliung, biarlah menjadi rahsia.  Tak baik nak citer kat sini..... Hari nie saya membuat marathon membaca semua report Latihan industri yang dihantar ke meja saya.  Masih ada lagi yang belum menghantar dan baru nak menghantar.  Membaca hasil kerja orang nie memerlukan fokus yang tinggi sebabnya; nak memahami apa yang cuba mereka perkatakan bukanlah sesuatu yang mudah.  Ada juga pelajar yang plagiat hasil kerja.  Tak ta...