Skip to main content

Posts

Showing posts from February 10, 2013

6 leadership style

6 Leadership Styles, And When You Should Use Them By Robyn Benincasa http://www.fastcompany.com/1838481/6-leadership-styles-and-when-you-should-use-them | May 28, 2012   Taking a team from ordinary to extraordinary means understanding and embracing the difference between management and leadership. According to writer and consultant Peter Drucker, "Management is doing things right; leadership is doing the right things."    Manager and leader are two completely different roles, although we often use the terms interchangeably. Managers are facilitators of their team members’ success. They ensure that their people have everything they need to be productive and successful; that they’re well trained, happy and have minimal roadblocks in their path; that they’re being groomed for the next level; that they are recognized for great performance and coached through their challenges.   Conversely, a leader can be anyone on the team who has a particular tale...

Communication- Figure model of good listener

Berita harian Petikan ini saya ambil untuk dikongsikan bersama. Baru-baru ini Kunta Kinte makan tengah hari dengan Tun Dr Mahathir 'The Wizard' Mohamad. Walaupun Kunta Kinte kenal Dr Mahathir sejak 1964, Kunta Kinte terus takjub dengan luasnya pengetahuan dan minat dia.   Dr Mahathir tidak tunjuk pandai atau potong cakap orang. Apabila kita cerita sesuatu kepadanya, dia dengar. Sama ada dia percaya atau tidak, setuju atau tidak, itu hal lain. Yang jelas dia dengar.  Orang putih kata, a good listener. Lepas kita habis bercakap baru dia balas. Dia jarang kata dia tidak setuju atau tidak percaya cakap kita. Apatah lagi kata hujah kita bodoh.       Sebaliknya dia akan bagi pendapat dia, dia jawab dengan serius dan bernas. Daripada situlah kita dapat kesan dia setuju atau tidak setuju dengan kita. Ramai tak tahu , Dr Mahathir bukan saja suka dengar pendapat orang cerdik dan orang pangkat tinggi, tapi dia pun suka dengar pandangan oran...

Jangan ngadap Tv lama-lama

Usah lebih dua jam tonton TV Harian Metro Orang yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen mempunyai risiko untuk mati, menghidap diabetes dan penyakit jantung, demikian menurut kajian di Amerika Syarikat. Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata lima jam menonton televisyen manakala Australia dan beberapa negara Eropah, antara tiga hingga empat jam sehari, kata penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Frank Hu.  Mengurangkan kembali menonton televisyen adalah satu cara yang penting untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak aktif dan mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit jantung,” katanya.  Orang yang duduk di hadapan televisyen bukan saja kurang bersenam, mereka memakan makanan yang tidak sihat. Banyak kajian mendapati ia mempunyai hubungan kuat kepada obesiti. Satu laporan pada 2007 mendapati, menghabiskan banyak masa dengan televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi pada kanak-kanak yang gemuk.  Kajian pada tah...

Jus anti oksidan dari buahan tempatan

Jus kaya bahan antioksidan Oleh Mohd Sabran Md Sani Harian Metro Perkongsian ilmu ini, moga akan memberi manfaat kepada kita semua, amin. Antioksidan adalah elemen penting diperlukan badan untuk menghalang dan melindungi sel daripada kerosakan ‘oksidatif’ akibat paras radikal bebas yang tinggi dalam darah.   Bahan antioksidan ba–nyak ditemui dalam produk jus berasaskan manggis, pelbagai beri seperti acai berry, cran berry, blackberry dan teh hijau, namun penyerapannya dalam tubuh mengambil masa lama. Menyedari kepentingan antioksidan terhadap kesihatan tubuh, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan produk jus buah-buahan yang kaya bahan antioksidan ringkas atau asid fenolik.  Produk ‘Just Great’ atau Nutrima-Jus dihasilkan Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Makanan MARDI Dr Suri Roowi menggunakan buah-buahan campuran seperti durian belanda, mangga dan limau kasturi bersama madu tulen. Kajian itu memen...

Nugget Kerabu....,

Kerabu Snek tanpa pengawet Oleh Ruhaiza Rusmin Harian Metro.  Saya kongsikan bersama anda idea food innovation yang amat menarik ini.  Kesedapan dan keenakan nasi kerabu memberi idea kepada tiga sahabat mencipta Kerabu Snek.  Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pemakanan, Universiti Sains Islam Malaysia yang terdiri daripada Mohammad Faiz Mat Ruzi, Muhammad Zaid Zainuddin dan Tajul Ariffien Othman, hanya mengambil masa dua bulan mencipta makanan segera warisan terkenal negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Rasa produk tetap sama seperti nasi kerabu, namun didatangkan dalam bentuk mudah dibawa, senang dimasak dan harga berpatutan.  Ramuannya hanya menggunakan bahan asas seperti ikan kembung, ulaman pegaga, halia, daun sup, selum dan bawang, kelapa serta serbuk roti.  Produk seperti nuget ini melalui proses pembuatan yang tidak memerlukan teknologi tinggi. Proses pembuatan dimulakan dengan mencampurkan semua bahan asas yang dikisar hi...