Keterujaan dalam mengikuti episod kembara para pelajar ke perkampungan orang asli menyebabkan persiapan barangan saya menjadi serba tak kena. Cukup tak cukup? Lengkap tak lengkap? Perlu tak perlu? segalanya menyebabkan beg kembara saya hampir 6-7 kali saya kemaskini. Paling merisauka n adalah berkenaan dengan kemudahan tandas. Kemudahan asas yang amat penting terutamanya ketika dalam keadaan darurat. Penulisan ini, saya buat dalam waktu senggang dalam perjalanan ke sana, masih di atas perut bas. 117 pelajar dan 8 org pensyarah dari UiTM Pulau Pinang berserta 4 buah bas. Agenda aktiviti termasuklah beramah mesra dengan penduduk perkampungan orang asli, memberi sumbangan dan membersihkan kawasan sekitar yang telah dipilih terlebih awal. Bas yg dikatakan akan bertolak jam 8.00 pagi menghadapi sedikit masalah akibat salah faham pengisian borang permohonan kenderaan. Ini membolehkan saya dan peserta yang ...