Skip to main content

Posts

Showing posts from January 1, 2012

Tahun baru yang haru

Saya tidak menjangkakan sebarang sambutan, pengharapan dan persediaan untuk tahun baru.  Tidak seperti ketika zaman kanak-kanak, tahun baru saya dipenuhi dengan berbagai azam dan semangat.  Ialah tahun baru bagi kanak-kanak amat berbeza kerana ianya disambut dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti di akhir tahun dan bukan itu sahaja mereka juga akan bertukar kelas ke tingkatan yang lebih tinggi mengikut usia dan keputusan peperiksaan akhir tahun.  Bertemu rakan baru, cikgu baru dan pembelajaran baru.  Bagi yang telah berumur seperti saya (ops! saya masih muda lagi tau....; umur je yang semakin berganjak tapi teman still muda kay.....).   Tiada sebarang tarikan pada kedatangan tahun baru. Dalam leka tidak membuat sebarang persediaan, saya terlupakan sesuatu.   Saya lupa nak periksa baju sekolah anak-anak.  Nasib secara kebetulan semalam, sehari sebelum sekolah bermula saya terlintas menyuruh anak-anak mencuba semula baju sekolah lama ...