"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya." Doa di atas merupakan satu doa yang dibaca oleh Abdullah bin az-Zubair ketika mendengar guruh. "Apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: "Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatatu min khifatih," yang bermaksud : "MAha suci bagi guruh yang bertasbih memuji-Nya," kemudian beliau berkata, "Ini adalah peringatan yang dahsyat kepada ahli bumi." Saya mencoretkan ingatan ini ketika hujan masih renyai di luar jendela. Hujan masih turun, mata makin layu; apatah lagi bila perut telah kenyang terisi. Tapi hujan dan guruh yang berlaku di luar jendela sana mengamit saya pada petikan ayat doa dan ingatan ini (yang saya perolehi dari bahan bacaan saya yang berjudul Tuhan masih mencintaiku). Elok rasanya saya kongsikan bersama agar dapat menjadi panduan dan ingatan kepada kita semua. Sia...