Skip to main content

Posts

Showing posts from June 20, 2010

Ibu sakit...

Seminggu setelah majlis perkahwinan adik bongsuku berlangsung, rumah keluargaku menjadi sunyi kembali. Sunyi sepi tanpa hiruk-pikuk kami adik beradik bergebang dan melawak, senyi sepi seperti azali; seperti selalu... Inilah yang paling dirasai apabila masing-masing telah meningkat dewasa, zaman kanak-kanak kami lewati bersama, kemudiannya berpisah kerana aku dan abangku masuk ke asrama, kemudian bertemu semula apabila aku menamatkan persekolahan dan menantikan keputusan SPMku. Abang cuma sekejap sahaja di kampung, kerana kemudiannya selepas tamat belajar diperingkat SPM abang menyambung pelajarannya kembali. Kemudiannya aku menyusuli meniggalkan keluarga kerana mengikut jejak abang. Sesekali berjumpa ketika cuti semester, tamat belajar aku terus bekerja (result final exam pun tak sempat keluar). Rumah menjadi sunyi kembali. Kemudiaanya masing-masing sibuk dengan kehidupan yang dilalui, meniti alam dewasa dan berkahwin; jurang makin terasa.... Bila sesekali berkumpul dan pulang ke kampu...