Skip to main content

Posts

Showing posts from November 14, 2010

Maafkan anakmu Ibu......

Buat Bonda RODZIYAH BINTI HASHIM Maafkan anakmu ibu.... Tetiba sejak pagi lagi hati saya dipagut pilu.  Saya rasa sangat tertekan dengan kerja yang berlambak dan perlu disiapkan pada waktu yang sangat suntuk.  Tambahan Raya haji cuma tinggal sehari aje lagi (yang kebetulan jatuh pada hari jadi ibu).  Saya jarang dapat meraikannya, secara personaly dengan ibu.  Sedangkan saat itu sangat saya harap dan dambakan.  Hati menjadi walang kerana kali ini harijadi ibu juga akan cuma saya raikan dengan pemberian hadiah tanpa sambutan untuk ibu.  Alangkah zalimnya saya.... Maafkan anakmu ibu, Saya amat sayangkan ibu dan saya ingin tahu ibu adalah segalanya bagi saya.  Tanpa jasa ibu saya tidak akan berjaya sebegini.  Tanpa doa ibu saya tidak akan berada dalam lingkungan ini.  Tanpa kasih ibu, saya tidak akan sampai ke tahap ini.  Tanpa restu ibu, saya tidak akan menjadi insani.  Besarnya jasa ibu.... Jasa yang hanya mampu dibalas ol...