Skip to main content

Posts

Showing posts from October 3, 2010

Hari seorang fasi

 Perbincangan kumpulan  Apakah dia itu Fasi?? Fasiliti kah? Fasi-mesikah?  Nie nak story tentang Fasilitator da....  Kerja sampingan teman di samping menjadi tenaga pengajar di ..... (tutttt...... he..he.. xleh story).  Job nie hanya sesuai untuk insan yang penyayang (macam saya), yang prihatin (macam saya) dan yang kasihkah anak bangsa (juga macam saya).  Dah...dah... ada pulak yang ngata naik lif tekan button..... Tapi betullah tu. Perbincangan kumpulan Hei... malasnya!!! tolonglah time-time camnie hindarkan penyakit malas dari diri saya.  Hu! hu! banyak kut menda yang kena bereskan nie.  Bilalah nak abis belajar nie...... Melalut pulak... Aktiviti rekacipta Ok! berbalik pada topik asal.  Untuk menjadi seorang fasilitator anda perlu bersedia dari semua sudut dan aspek.  Sesuatu yang diluar jangkaan atau perhitungan memang sering kali berlaku bilamana sesi berlangsung.  Perbincangan kumpulan Perlu banyak ilmu...

Mengantuknya......

Gara-gara kepinginkan coffee, saya membancuh secawan coffee yang betul2 kaw semalam.  Walaupun tidak meneguknya sekaligus, kesannya amat ketara.  Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata.  Terkebil2 dibuatnya, terpaksalah melayan kebisingan yang dibuat oleh jiran rumah atas.  Orang kata kalu xleh tidur memalam; boleh dikira baik untuk orang seperti saya; sebabnya banyak menda boleh dilaksanakan.  Tetapi camne nak melaksanakannya kalau badan keletihan dan kepenatan Cam banyak tul benda yang dibuat kat rumah seharian semalam....). At least saya memasak didapur, menyiang udang dan ketam.  Apa menunya?? Pagi cucur ikan bilis.  Tengahari Masak lemak pucuk ubi bersama udang, nasi lemak lemuni (berwarna hitam nasi lemaknya), sambal sardin kesukaan anak lelaki, lala masak kantan, sambal dan ulaman.  Malam, mengharapkan cik abang menghabiskan masakan tengahari tadi.  Tapi tak dilayannya, mentang-mentanglah kebetulan malam nie ada open house di kawa...