Skip to main content

Hari seorang fasi


Perbincangan kumpulan
 Apakah dia itu Fasi?? Fasiliti kah? Fasi-mesikah?  Nie nak story tentang Fasilitator da....  Kerja sampingan teman di samping menjadi tenaga pengajar di ..... (tutttt...... he..he.. xleh story).  Job nie hanya sesuai untuk insan yang penyayang (macam saya), yang prihatin (macam saya) dan yang kasihkah anak bangsa (juga macam saya).  Dah...dah... ada pulak yang ngata naik lif tekan button..... Tapi betullah tu.

Perbincangan kumpulan

Hei... malasnya!!! tolonglah time-time camnie hindarkan penyakit malas dari diri saya.  Hu! hu! banyak kut menda yang kena bereskan nie.  Bilalah nak abis belajar nie...... Melalut pulak...



Aktiviti rekacipta



Ok! berbalik pada topik asal.  Untuk menjadi seorang fasilitator anda perlu bersedia dari semua sudut dan aspek.  Sesuatu yang diluar jangkaan atau perhitungan memang sering kali berlaku bilamana sesi berlangsung. 

Perbincangan kumpulan



Perlu banyak ilmu (mencangkupi berbagai aspek) kerana isu semasa, pengetahuan dan perkongsian perlu dilakukan dan ia amat penting untuk menarik minat audien.  Sabar paling perlu.... kekadang ada auduen yang sukar untuk di "tackle", audien camnielah yang selalunya akan cuba untuk merosakkan sesi dialog kita.  sesalunya, audien camnie saya akan puji melambung dan minta dia jadi ketua bagi 1 dua sesi perbincangan. 


Group paling menyerlah


Games sampingan juga penting tetapi perlu pastikan ianya bersesuaian dan ada mesej pengajaran atau kebaikan.  Wah! panjang lebar nie, suatu hari nanti miss sorulah saya.... sebab ramai yang nak jadi pelapis. 


Aktiviti berkumpulan



Ada satu tugasan dan aktiviti yang saya minta ahli dalam kumpulan sesi saya lakukan.  Dan hingga kini ianya amat berbekas di hati dan boleh menyebabkan saya mengalirkan air mata.  saya minta mereka menulis surat wasiat pada orang yang mereka kasihi terutamanya kepada kedua ibubapa masing-masing. 


Aktiviti berkumpulan

Bersama iringan doa saya mulakan sesi dengan slide pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua orang tua terhadap anak-anak mereka.  Saya selang-selikan dengan puisi suara hati seorang ibu.  Audien yang pada mulanya mengertawakan saya menjadi kelu....

Perbincangan berkumpulan





Selesai slide ditayangkan, saya minta masing-masing mengikat mata mereka dgn helaian kain yang diberikan dan kemudiannya bersama instrumen yang mendayu saya perdengarkan lagi luahan @ keluhan hati seorang ibu pada anaknya.


Model-model paling sporting
 Kemudian akhir sekali, saya berikan helaian kertas dan minta mereka mula menulis surat wasiat tersebut.  Salah satu yang saya perolehi amat menyentuh perasaan saya yang telah menjadi ibu ini.  Terasa dalam hati, alangkah! bertuahnya jika dia menjadi anak saya.  Perasaan hiba dan tergamam saya dibuatnya, dia anak yang ditinggalkan....  apa cite seterusnya nanti saya sambung lagi jika berkesempatan, insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...