Skip to main content

Posts

Showing posts from March 6, 2016

Camne kau menulis ya?

Saya sering ditanya soalan camnie.  Soalan yang agak sukar untuk dijawab sebab penerimaannya boleh jadi pelbagai.  Negatif, positif, berlagak bagus semua boleh jadi campuran yang unik.  Senang citer camnielah, nak menulis kena bermula dengan membaca.  Dalam Al-Quran pun ada sebut "Bacalah olehmu walau dengan sepotong ayat".   Membaca, faedahnya sangat banyak.  Disamping (kalau citer novel terutamanya) boleh buat kita berangan; kita belajar sesuatu yang baru, mengembara walau jejak tak sampai, belajar gaya penulisan, menjadi chef walau tak diiktiraf, pakar dalam hal yang kita minat (seperti berkebun, menyulam, politik dan sebagainya).  Bukankah beruntung sebenarnya kalau amalan yang satu ini kita kekalkan dalam diri?  Untungnya sekarang membaca boleh direalisasikan dimana sahaja.  Ingat masa kecil dulu, saya akan sangat teruja kalau hari saya terjumpa bahan bacaan.  Tak kiralah senaskah suratkhabar yang ditinggalkan di perhentia...