Skip to main content

Camne kau menulis ya?

Saya sering ditanya soalan camnie.  Soalan yang agak sukar untuk dijawab sebab penerimaannya boleh jadi pelbagai.  Negatif, positif, berlagak bagus semua boleh jadi campuran yang unik.  Senang citer camnielah, nak menulis kena bermula dengan membaca.  Dalam Al-Quran pun ada sebut "Bacalah olehmu walau dengan sepotong ayat".  

Membaca, faedahnya sangat banyak.  Disamping (kalau citer novel terutamanya) boleh buat kita berangan; kita belajar sesuatu yang baru, mengembara walau jejak tak sampai, belajar gaya penulisan, menjadi chef walau tak diiktiraf, pakar dalam hal yang kita minat (seperti berkebun, menyulam, politik dan sebagainya).  Bukankah beruntung sebenarnya kalau amalan yang satu ini kita kekalkan dalam diri?  Untungnya sekarang membaca boleh direalisasikan dimana sahaja.  Ingat masa kecil dulu, saya akan sangat teruja kalau hari saya terjumpa bahan bacaan.  Tak kiralah senaskah suratkhabar yang ditinggalkan di perhentian bas, majalah dalam bas, hatta helaian bahan bacaanpun akan saya ambil dan baca.  Ilmu ada dimana-mana; dan ini salah satu cara saya mengutip ilmu tersebut.  Sekarang lagilah senang, segalanya dihujung jari.  Jangan salahkan yang lain; salahkan diri kalau masih tak berkesempatan.

Saya juga akan menyimpan segala bahan bacaan, keratan bahan yang saya fikirkan menarik minat saya atau berinfomatif.  Bila berkelapangan saya akan menaip semula isi penting dari bahan berkaitan.  Jadinya bila timbul idea menulis, ianya akan amat membantu saya.  Itu sahaja cara saya berkarya.  Paling penting jangan paksa diri.  Lakukan dalam keadaan tenang dan teruja.  Mulakan sekarang, atau anda tidak akan lakukannya sampai bila-bila.

Okay layankanlah, quote kat bawah nie.  Saya ambil dari sumber manapun dah tak ingat.  Ampunkan saya.

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...