Skip to main content

Posts

Showing posts from September 4, 2011

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...

Brader... apahal lu nie??

Tumbuk bini????  Suka hati jewkan.  Itulah, time suka, time bercinta cam nak kendong je bini tu.  Bila dah lama kawin, jangankan memuji nak pandangpun kekadang naik menyampah.  Dah lama kawin, dah lama hidup bersama; menyampahnya tahap gaban.  Padahal bini tu punyalah cun melecun cam Rozita Che Wan.  Duk terasa kat hati, bini dah cam muka kapal selam pecah kena bom atom.  Adeh! suka hati je ko jang, ngata bini gitu.  Bini tu sampai tua sambut ko balik kerja kat muka pintu tu pun; duk kena marah.  Ada juga yang sound bini, "awak nie nape?? buang tebiat ke pa.... lain kali jangan buat saya camnie".  "Boleh mati cepat saya kalau selalu camnie, terkejut... sakit jantung saya cam nampak hantu pontianak". Ter"emo..."lah pulakkan. Nie ha, teringat teman tetiba satu citer kat suratkhabar nie: Hanya kerana meminta wang untuk membelikan baju raya bagi anak-anaknya, seorang suri rumah patah tulang hidung ditumbuk suaminya.  Entah apalah ...

Anak dunia akhir zaman

Petikan akhbar dari harian metro, 23hb. 8.2011. Anak gadis pukul ibu OKU kerana hidang makanan tak sedap Ya! Allah..... apa nak jadi dunia sekarang nie????  membaca tajuk berita ini sahaja membuatkan saya terpana.  Belum lagi membacanya, bila membaca hati beristirafar panjang.  Moga anak saya tidak akan terdorong bersikap sebegini.  Moga anak kita tidak sebegini......  Inilah petanda dunia akhir zaman, hilang rasa hormat; bila hamba melahirkan tuan.....  Mengikut cerita yang disampaikan dalam petikan akhbar terbabit (METRO), dalam kejadian itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Setelah merasa masakan ibunya, gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.  Udahlah bukan si anak yang memasak, dah dibagi makan tak tahu pulak nak bersyukur.  Entah apa yang merasuk fikir...