Skip to main content

Posts

Showing posts from September 6, 2015

Nak berjaya tak?

Setiap hari kita mungkin akan lalui dengan cara yang berbeza, tapi mungkin juga akan ada yang lalui setiap harinya dengan rutin yang hampir sama.  Orang yang ingin kan kejayaan dalam setiap hari yang dilaluinya perlu ubah rutin hariannya dan lakukan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti agar hidup lebih teratur dan ada objektif serta visi. Kebiasaannya, mereka yang berjiwa usahawan atau sememangnya bergelar usahawan ataupun tokoh berjaya akan sentiasa mengubah rutin harian mereka. Langkah ini memudahkan urusan kehidupan selain menjadikan hidup mereka lebih kompleks serta teratur. Antara perubahan yang boleh kita lakukan:   1. Bangun awal Salah satu rutin hari yang perlu diterapkan dalam diri. Kajian menunjukkan suasana di awal pagi merupakan waktu paling sesuai untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang tertangguh. Waktu ini juga sesuai dilakukan aktiviti sihat yang boleh menjana idea dan merehatkan minda. Justeru tidak hairanlah ramai orang berjaya keban...