Setiap hari kita mungkin akan lalui dengan cara yang berbeza, tapi mungkin juga akan ada yang lalui setiap harinya dengan rutin yang hampir sama. Orang yang ingin kan kejayaan dalam setiap hari yang dilaluinya perlu ubah rutin hariannya dan lakukan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti agar hidup lebih teratur dan ada objektif serta visi. Kebiasaannya, mereka yang berjiwa usahawan atau sememangnya bergelar usahawan ataupun tokoh berjaya akan sentiasa mengubah rutin harian mereka. Langkah ini memudahkan urusan kehidupan selain menjadikan hidup mereka lebih kompleks serta teratur. Antara perubahan yang boleh kita lakukan:
1. Bangun awal
Salah satu rutin hari yang perlu diterapkan dalam diri. Kajian menunjukkan suasana di awal pagi merupakan waktu paling sesuai untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang tertangguh. Waktu ini juga sesuai dilakukan aktiviti sihat yang boleh menjana idea dan merehatkan minda. Justeru tidak hairanlah ramai orang berjaya kebanyakannya bangun di awal pagi!.
Bagi mereka yang beragama Islam, semestinya awal pagi diiringi dengan solat subuh terlebih dahulu. Bersolatlah, kerana solat itu sendiri merupakan senaman dan terapi minda yang paling efektif. Malahan setiap pergerakan di dalam solat itu sendiri merupakan satu bentuk senaman rengangan yang paling berkesan untuk tubuh badan.
Kebanyakan orang yang berjaya sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian. Ini kerana faktor kesihatan memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi kerja dan peningkatan kreativiti. Jika badan tidak sihat, fokus atau tumpuan terhadap kerja juga akan tungging terbalik.
3. Habiskan masa bersama insan tersayang
Kenapa hal ini penting? Bukan sekadar penting tapi patut dinoktahkan sebagai wajib. Dihambat rutin kerja harian 8 jam sehari (tidak termasuk jem pergi dan balik kerja). Isteri atau pasangan hidup akan semakin menjauh. Remaja mereka akan hilang dengan kesibukkan kita. Anak-anak membesar dalam lingkungan kawan, sekolah, gadget dan tv.
Kemudiannya tanpa kita sedari, kita juga dihambat usia dan kehilangan banyak nikmat hidup begitu sahaja. Luangkan masa bersama mereka yang tersayang. Bukan luangkan masa bersama yang tersayang (yang tiba-tiba muncul waktu kita senang), tapi dengan mereka yang begitu setia sewaktu susah dan senang kita.
4. Banyak bertanya
Pepatah ada menyebut ‘malu bertanya sesat jalan’. Kalau nak tahu; salah satu teknik untuk berjaya dalam hidup adalah banyakkan bertanya. Mungkin ada yang akan mengkritik ataupun memandang rendah terhadap kita kerana bertanyakan soalan yang mudah. Tapi percayalah jawapan itu nanti turut sama akan dikongsi dengan mereka yang berasa bijak dan tidak mahu bertanya.
Kadang-kadang kita rasa orang yang bijak tak perlu banyak bertanya dan sebaliknya bagi mereka yang kurang bijak. Hakikatnya yang banyak bertanya itulah yang bijak kerana menggunakan ruang dan peluang untuk mengali ilmu sedangkan yang tak bertanya atau kuran gbertanya itu; realitinya tak tahu apa-apa dan tak mahu merebut peluang yang ada.
5. Berjimat dan suka menabung
Budaya menabung dan berjimat perlu diterapkan semenjak kecil lagi. Pernah atau tidak kita terfikir untuk mengajar anak kita menabung? Jawapannya mungkin ya..... Pernah atau tidak kita mengajar si kecil kita cara untuk menjana wang? Mungkin ada yang menjawab ya dan tidak. Pernah atau tidak kita mengajar anak kita untuk menabung dan membeli aset seperti emas? Ermmmm..... sendiri jawablah ya.
Memang mudah untuk kita bazirkan wang selepas mendapat gaji bulanan kerana hakikatnya bukan membazir tapi memanjang tak cukup pun. Bagaimana untuk wujudkan rasa cukup tu, bersedekahlah..... bersedekahlah kerana rezeki akan datang tanpa dijangka. Percayalah cakap saya. Ppercayalah dengan apa yang telah Allah janjikan dengan amalan bersedekah ini.
Memang menyampah rasanya kalau tetiba ada yang datang bercakap itu dan ini dengan apa yang kita usahakan, lebih-lebih lagi apabila mereka hanya sekadar orang yang baru kita kenal. Namun percaya atau tidak, tokok yang menempa kejayaan banyak mendengar pandangan orang lain dan kemudian membuat kesimpulan. Macam bapa-bapa yang bertapa di kedai kopi tu. Kita pandang dari jauh, "eh! entah apalah dia orang nie, orang sibuk bekerja; depa sibuk berlonggok dan menyembang".
Jangan terlalu negatif, kerana mungkin mereka sedang bersidang membincangkan hal-ehwal negara; itukan mengasak bakat untuk melayakkan diri menjadi YB. Jangan marah ya..... Saya percaya kebanyakkan mereka berkumpul untuk berbincang dan berdiskusi tentang kerja harian, bagaimana untuk membuat itu dan ini, berkongsi pengetahuan, pengalaman dan dari situ jalinan perniagaan setidaknya kenalan baru mereka perolehi.
Comments
Post a Comment