Salam sayang, salam penuh takzim. Saya amat berterima kasih pada para pelajar ini kerana sudi membantu saya mengerjakan bilik stor menjadi sedemikian cantik. Tanpa jasa mereka entah bila tahun bilik tu nak jadi cantikpun entahlah..... Ada ke yang terasa rela terpaksa? Jika itu yang berlaku, saya mohon maaf. Itu kekhilafan saya. Ceh! nie angkara membaca satu novellah nie, ayat pun dah jadi semacam. Cuba bayangkan sebuah stor yang macam-macam ada berubah jadi cantik...... Hem, hebat, hebat kerana diusahakan oleh para pelajar ini. Paling hebat, mereka melaksanakannya dengan tawa riang. Saya akan rindukan saat-saat bersama mereka. Maaf banyak event yang mereka anjurkan tak dapat saya sertai. Malahan untuk yang terakhir kalinyapun, tidak dapat saya turut serta. Maaf, ada perkara yang menghalangnya. Walaubagaimanapun, saya ingin mereka tahu, yang saya sayangkan mereka dengan sepenuh hati dan doa saya sentiasa mengiringi ...