Panas terik pun nak posing gak Sejujurnya saya amat menyukai negeri Melaka. Keberbagaian budaya, kaum, kesan sejarah dan pemakanannya memang mengagumkan. Mengikut kajian yang dibuat dan berdasarkan kepada maklumat yang ada, Melaka merupakan negeri yang ketiga terkecil di Malaysia, selepas Perlis dan Pulau Pinang. Tapi, biarpun kecil Melaka memiliki seribu satu keistimewaan yang amat membanggakan kita. Masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis; merupakan kaum utama yang mendiami dan mendominasi negeri Melaka. Dari sinilah keunikkan budaya dan peradabannya bermula. Di bandar Melaka Anak-beranak yang xmau kalah posing Bukan pasal telah dilantik menjadi jurucakap bagi sebarang agensi atau pertubuhan. Saya bercakap sejujurnya. Saya tak pernah bosan ke Melaka dan tak akan bosan ke Melaka. Nie pun hujung minggu nie, saya akan membawa para pelajar ke Melaka untuk memberi peluang kepada...