Skip to main content

Melaka yang unik


Panas terik pun nak posing gak
Sejujurnya saya amat menyukai negeri Melaka.  Keberbagaian budaya, kaum, kesan sejarah dan pemakanannya memang mengagumkan.  Mengikut kajian yang dibuat dan berdasarkan kepada maklumat yang ada, Melaka merupakan negeri yang ketiga terkecil di Malaysia, selepas Perlis dan Pulau Pinang.  Tapi, biarpun kecil Melaka memiliki seribu satu keistimewaan yang amat membanggakan kita.

Masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis; merupakan kaum utama yang mendiami dan mendominasi negeri Melaka.  Dari sinilah keunikkan budaya dan peradabannya bermula.
Di bandar Melaka

Anak-beranak yang xmau kalah posing




Bukan pasal telah dilantik menjadi jurucakap bagi sebarang agensi atau pertubuhan.  Saya bercakap sejujurnya.  Saya tak pernah bosan ke Melaka dan tak akan bosan ke Melaka.  Nie pun hujung minggu nie, saya akan membawa para pelajar ke Melaka untuk memberi peluang kepada mereka mengkaji dan menghayati keunikkan budaya dan peradaban masyarakat dan kaum yang ada di negeri bertuah ini.


                                                              

 Kehebatan dan keperkasaan pahlawan Melaka x perlu dipertikaikan lagi.  Masakan asam pedasnya menjadi sebutan.  Walaupun saya x menjamahnya (sebab saya x makan ikan besar), bau masakannya memang menyelerakan. Ruginya... kalaulah saya berpeluang untuk menjamahnya.....Belacannya, memang kalau gi Melaka, berketul2 yang akan saya bawa balik.  Bukan setakat buat stok kat rumah, tapi juga untuk di beri pada jiran dan sahabat taulan.  Tak kiralah sama ada dia orang suka makan ke tak, niat mesti ikhlas. Kalau gamaknya boleh dibubuh atas pizza menggantikan cheese, mau kaya raya tokey belacan ni dibuatnya. 

Belum lagi dilihat dari segi gaya pemakaian kebaya nyonyanya.  Hu.... cantik betul! ukiran dan sulaman bunga pada baju kebayanya memang sangat cantik.  Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.  Saya ada sehelai yang dihadiahkan oleh mak saudara, merah lagi.....  Biarpun dah tak muat untuk menyarungnya, saya tetap simpan dengan baik (dengan harapan satu hari nanti berpeluang memakainya semula.... jangan haraplah tijah oiii....).  Lama-lama sekali saya akan mengeluarkannya dan mencuci untuk mengelakkan baju tersebut berbau perap.  Nak harapkan anak dara seorang memakainya nanti, hai entahkan bila dapat melihatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...