Skip to main content

Bahagia Kasihmu

 Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik.

Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bila guruh berdentum

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya." Doa di atas merupakan satu doa yang dibaca oleh Abdullah bin az-Zubair ketika mendengar guruh.  "Apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: "Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatatu min khifatih," yang bermaksud : "MAha suci bagi guruh yang bertasbih memuji-Nya," kemudian beliau berkata, "Ini adalah peringatan yang dahsyat kepada ahli bumi." Saya mencoretkan ingatan ini ketika hujan masih renyai di luar jendela.  Hujan masih turun, mata makin layu; apatah lagi bila perut telah kenyang terisi.  Tapi hujan dan guruh yang berlaku di luar jendela sana mengamit saya pada petikan ayat doa dan ingatan ini (yang saya perolehi dari bahan bacaan saya yang berjudul Tuhan masih mencintaiku).  Elok rasanya saya kongsikan bersama agar dapat menjadi panduan dan ingatan kepada kita semua. Sia...