Career vs rumahtangga
Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,
laman perdana. UiTM P.Pinang.
laman perdana. UiTM P.Pinang.
Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik
tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).
Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.
Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita. Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat
kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya
maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki. Juga mengelakkan fitnah.
Dah kelaut sebenarnya saya nie, Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa
buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu
semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu. Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya
wanita bekerjaya. Menurut penceramah
carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup,
tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempunyai cita-cita besar dalam
kerjayanya. Walaupun begitu ada juga
wanita yang bekerja hanya untuk membantu mencukupkan belanja rumahtangganya. Membantu suami mencari dan menambah rezeki
keluarga. Wanita juga menjadi pemimpin
kepada rumah tangganya. Perlu
bertanggungjawab terhadap rumahtangga, mendidik anak-anak khususnya. Ianya akan ditanya di akhirat nanti. Paling utama bagi wanita adalah tanggungjawab
terhadap rumahtangganya.
Salah seorang tokoh hadis, tokoh ilmu, dan
periwayat setiap yang diperkatakan oleh Rasullulah s.a.w kerana kecerdasan
akalnya adalah wanita ketika zaman Rasullulah s.a.w. Rufaidah, seorang perawat pesakit ketika
zaman perang, sehingga sebuah pusat rawatan ditubuhkan untuk diuruskan oleh
beliau. Beliau mendapat kepercayaan Rasullulah
s.a.w untuk kepakarannya itu. Lubna,
seorang hamba dari Sepanyol. dilantik
menjadi setiausaha istana dizaman khalifah kerana kebijaksanaannya. Dan perut saya hari ini seolah meragam je,
haish! rupanya hari nie kepingan biskut sebagai santapan sarapan tadi tak cukup
untuk saya hari ini. Lubna juga sangat
bijak dlm ilmu matematik dan boleh menjadi pengerusi perpustakaan negara. Dari idea seorang wanita, perigi dan mata air
dibina sepanjang jalan dari Baghdad ke Mekah.
Tip
utk menjadi carear women yg diberkati-
1.
Betulkan niat.
Pastikan niat itu betul. Dalam jasad kita ada seketul darah, jika baik
ketulan darah itu baiklah satu
tubuh
badan tu kalau sebaliknya rosaklah jadinya dan itulah yang Rasullulah s.a.w maksudkan
dengan
hati. Pastikan niat kita baik dan mendapat restu
dari suami. Sesungguhnya semua amalan
yang
dilakukan
oleh umat, diambil oleh Allah berdasarkan niat hamba tersebut. Sebaiknya setiap hari kita
perbetulkan
niat kita. Setiap satu perkara itu
bergantung kepada niatnya.
2.
Tanamkan atau perbanyakkan sifat2 mahmudah.
Paling utama kepada suami dan perlu ditekankan untuk mendapat redha dari
suami dan orang tua,
dengan ahli keluarga. Lagi hebat
kita bekerjaya semakin berakhlak sepatutnya diri kita.
3. Jauhi sifat-sifat mazmumah (negatif pada
diri)-
Sifat riak, takbur (cakap besar), hasad (dengki). Hasad boleh memadamkan segala kebaikan yang
dibuat
selama ini. Nabi berpesan, jauhkan diri
dari membuat hasad. "Mubarak"
ertinya moga Allah
berkati.
"Allah mubarik", ertinya moga Allah juga memberkati kamu.
4.
Menjaga masa-
Utama untuk menjaga masa beribadah, ianya tiada kompromi. Usaha kita boleh mendatangkan rezeki
kepada kita tetapi pemberi rezeki itu adalah Allah. Betulkan niat kita, betulkan keutamaan diri
kita.
Selalu kita lengahkan solat ketika azan berkumandang, sedangkan ianya
merupakan panggilan dari
pemberi rezeki. Tiada
pengecualiaan untuk melaksanakan solat.
Apa carapun solat perlu dilaksanakan
mengikut kemampuan kita, contohnya ketika sakit. Menjaga masa dengan keluarga.
5.
Redha, doa dan tawakal-
Jangan jadi manusia yang sombong.
Tidak meletakkan semua usaha kita sebagai punca pencapaian
kejayaan kita. Semuanya
sebenarnya begantung kepada doa kita pada Allah
Musibah dan masalah
perlu ditangani dengan redha..
Allah sntiasa menguji kita dengan perasaan takut, dengan kelaparan,
dengan
kurangnya harta (perassan rasa pendapatan yang sentiasa tidak cukup), dengan
menarik
nyawa
orang yang kita sayang. Diuji dengan kerosakkan spt tanaman, harta dan
sebagainya. "Berilah
berita
gembira kepada org yang diuji, kerana semuanya datangnya dari Allah kerana ia
merupakan
salah
satu cara dosa kita diampunkan dan Allah akan memberi rahmat kepada umatnya
itu".
Kesabaran itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Comments
Post a Comment