Skip to main content

Posts

Showing posts from May 15, 2011

Istimewanya wanita.....

     Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.  Wanita yang memerah susu binatang dengan lafaz "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.      Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "bismillah", Allah akan berkati rezekinya.  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala seolah berpuasa pada siang hari.      Wanita yang hamil akan mendapat pahala seolah beribadat pada malam hari.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.  Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, di...