Skip to main content

Posts

Showing posts from June 10, 2012

Mengenang nasib Melayu

MENGENANG MASA DULU by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, December 18, 2011 at 7:20pm.  (Nukilan ini saya ambil dari blog Insan yang saya hormati Tun Dr. Mahathir, moga menjadi ingatan, peringatan dan aspirasi buat kita generasi baru) Pulau Pinang negerinya baru Kapten Light menjadi Raja Bila terkenang zaman dahulu Duduk mengalir air mata 1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British. 2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya. 3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan dir...