Lega rasa hati, first days ramadhan menjelma bagi tahun 2011. Urusan kerja saya dapat dilaksanakan dengan begitu mudah sekali. Tiada langsung birokrasi, malahan individu2 yg perlu saya temui memberi kerjasama dengan begitu baik sekali. Maka, hajat di hati utk segera pulang ke Penang berbunga mekar dalam hati. Selepas selesai segala urusan saya bergegas mendapatkan bas utk pulang ke Penang. Terasa lama perjalanan kali ini, sebab saya asyik terbayangkan anak yang menangis ketika saya memberitahu mereka yang saya akan pergi lama dan hanya akan pulang di pagi raya. Niat utk mengusik, tetapi bila melihat mereka menangis saya jadi tergamam. Ish! terasa jahatnya mulut nie kerana membuatkan air mata si anak menitik. Seminggu berpuasa saya mendapat panggilan dari teman. Teman saya meminta agar saya dapat meluangkan masa utk memberi ceramah di USM. Hu..hu..hu.... terasa diri ini terlalu kerdil utk menyampaikan ceramah tersebut. Teringa...