Skip to main content

Berkat ramadhan...

Lega rasa hati, first days ramadhan menjelma bagi tahun 2011.  Urusan kerja saya dapat dilaksanakan dengan begitu mudah sekali.  Tiada langsung birokrasi, malahan individu2 yg perlu saya temui memberi kerjasama dengan begitu baik sekali.  Maka, hajat di hati utk segera pulang ke Penang berbunga mekar dalam hati.  Selepas selesai segala urusan saya bergegas mendapatkan bas utk pulang ke Penang.  Terasa lama perjalanan kali ini, sebab saya asyik terbayangkan anak yang menangis ketika saya memberitahu mereka yang saya akan pergi lama dan hanya akan pulang di pagi raya.  Niat utk mengusik, tetapi bila melihat mereka menangis saya jadi tergamam.  Ish! terasa jahatnya mulut nie kerana membuatkan air mata si anak menitik.

Seminggu berpuasa saya mendapat panggilan dari teman.  Teman saya meminta agar saya dapat meluangkan masa utk memberi ceramah di USM.  Hu..hu..hu.... terasa diri ini terlalu kerdil utk menyampaikan ceramah tersebut.  Teringat semasa belajar peringkat diploma dahulu, saya selalu ke USM utk berjumpa dengan pensyarah di sana, bagi menyempurnakan tugasan saya.  Tetiba sekarang saya pulak diminta ke sana utk menyampaikan ceramah...... mungkin tidak!! dan mungkin akan berlaku..... saya menunggu kata hati saya menyampaikan wahyu dan ilham.

Minggu kedua berpuasa semasa memeriksa assignment pelajar saya mendapat panggilan daripada Jabatan Pertanian.  En. Din meminta bantuan saya utk. membantu sahabatnya membangunkan teknologi pembuatan murtabak untuk kegunaan flight.  Walau telah berulang saya nyatakan saya bukan pakar dibidang tersebut, tetapi beliau tetap mengharapkan agar saya dapat membantu.  Bila disuarakan pada suami, ringkas katanya, "suruh aje orang tu pergi survey di pasar ramadhan".  rasanya teknologi dan pembuatan tan sama walau hampir serupa.  Teknologi bagi saya merupakan suatu kaedah yang diguna pakai untuk mempercepatkan sesuatu tugasan, manakala pembuatan adalah sistem lama yang diguna pakai (selalunya secara manual) untuk menghasilkan sesuatu jenis produk.  Insyallah, saya cuba.  walaupun memang tidak terdaya......

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...