Saya tertarik dengan sebuah artikel yang ditulis oleh saudara Mohd. Nor dalam kolum "Sapu Bersih", harian Metro. Katanya setiap nama yang diberi ada sejarah pahit manisnya. Contohnya nama sesebuah negara, syarikat, jalan dan sebagainya. Itu bagi barangan atau benda yang tidak bernyawa. Bagaimana pula dengan nama kita sebagai manusia nie?. Dalam Islam ada dinyatakan, jika ingin diberi nama kepada anak; namakan ia dengan nama yang baik. Kita perlu tahu maksud nama tersebut kerana nanti di padang masyhar, kita akan dipanggil dengan nama tersebut. Tapi senario sekarang, agak pelik. Nama anak tidak dapat mencerminkan agama, bangsa dan budaya. Walau tidak semua, tetapi tetap ada. Kadang-kala dicampur-adukkan nama itu supaya nama glamour dan sedap lidah menyebutnya. Sedaplah sangat sehingga tergeliat lidah dibuatnya... Paling haru jika nama anak itu panjang berjela. Kesian time anak tu nak menjawab exam, bebudak lain dah 2-3 s...