Skip to main content

Apa ada pada nama

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang ditulis oleh saudara Mohd. Nor dalam kolum "Sapu Bersih", harian Metro.  Katanya setiap nama yang diberi ada sejarah pahit manisnya. Contohnya nama sesebuah negara, syarikat, jalan dan sebagainya.  Itu bagi barangan atau benda yang tidak bernyawa.  Bagaimana pula dengan nama kita sebagai manusia nie?.

Dalam Islam ada dinyatakan, jika ingin diberi nama kepada anak; namakan ia dengan nama yang baik.  Kita perlu tahu maksud nama tersebut kerana nanti di padang masyhar, kita akan dipanggil dengan nama tersebut.  Tapi senario sekarang, agak pelik.  Nama anak tidak dapat mencerminkan agama, bangsa dan budaya.  Walau tidak semua, tetapi tetap ada.  Kadang-kala dicampur-adukkan nama itu supaya nama glamour dan sedap lidah menyebutnya.  Sedaplah sangat sehingga tergeliat lidah dibuatnya...  Paling haru jika nama anak itu panjang berjela.  Kesian time anak tu nak menjawab exam, bebudak lain dah 2-3 soalan dijawab, dia masih terkial-kial menulis nama.

Kepentingan nama tidak perlu dipertikaikan.  Jika kita ke luar negara (mewakili negara contohnya), kita diminta supaya menjaga nama baik negara.  JIka kita berpisah dengan ibu bapa kerana menyambung pengajian sebagai contohnya.  Kita selalu diingatkan supaya menjaga nama baik ibu bapa. Kepada isteri atau wanita yang baru berkahwin, kita selalu dititipkan pesan supaya menjaga nama suami.  Tapi ada ke lelaki dipesan supaya menjaga nama isteri??.

Pemberian nama seorang anak, mula dibincangkan dan difikirkan sejak bayi itu masih didalam perut ibunya.  Kadang-kala baru disahkan mengandung, kitA dah mula berangan nak letak nama anak itu apa.  Ada pulak yang siap buat list, kalau anak lelaki nak bubuh nama sekian-sekian; kalau anak perempuan pula nak letak nama sebegini.  Buku panduan atau terjemahan nama, amat laku saat ini.  Apapun saya ingin berpesan pada diri, para pelajar, ibu bapa dan anda semua, Jagalah maruah nama yang diberi.  Walau apapun nama yang diberikan kepada kita, hargailah ia.... kerana tanpa nama; entah kita akan dipanggil sebagaimana......

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...