Skip to main content

Posts

Showing posts from February 9, 2020

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...

Allah Loves Me

Allah Loves Me Hasil kisah benar yang dilalui oleh penulis buku ini.  Pengalaman hidup yang dilalui dari kecil, remaja dan hingga kini digarap dengan begitu teliti.  Sukar untuk mencari helaian yang membosankan untuk dibaca dalam buku ini.   Tinggal bersama ibubapa yang berantakkan dan anak terutamanya penulis sering menjadi mangsa menyebabkan penulis lebih selesa menghabiskan zaman kecilnya bersama nenek kesayangan.  Aneh buat anak kecil ini (penulis) didera (secara lisan atau fizikal) sedari kecil oleh ibu kandung menyebabkan penulis perlu berusaha untuk kekal hidup.  Perpindahan ke ladang, aktiviti memancing dan waktu senggang yang diisi bersama nenek banyak mewarnai kehidupan beliau. Zaman remaja dan dewasa juga tidak begitu indah.  Jatuh bangun tanpa ada yang peduli menyebabkan penulis sering berpindah randah dan menukar kerja.  Penglibatan dalam angkatan tentera juga tidak begitu mengujakan penulis tapi memberi kemahiran yang...

Tuhan Sayang Aku

Tuhan Sayang Aku Hasil garapan penulisan pengalaman beberapa orang tokoh saudara baru.  Hasil perkongsian yang baik.  Para penulis ini tidak lokek untuk bercerita kisah mereka sebelum dan selepas mereka bergelar saudara Islam.  Kebanyakkannya mempunyai susur-galur pengalaman yang pahit, kehidupan yang agak sukar, keluarga yang berpecah belah, tiada arah tuju dan kekurangan kasih sayang serta perhatian keluarga. Pengalaman dan kisah yang berbeza bagaimana mereka boleh mendapat hidayah dan dibukakan hati untuk belajar sesuatu tentang agama Islam.  Hampir kesemuanya merasa sesuatu yang berbeza apabila mula mendekati Islam.  Perubahan kehidupan, dikecam pada awalnya dan bagaimana kemudian mereka menjadi kuat dan diberi kelebihan untuk membantu saudara baru yang lain.   Ada antara mereka yang kita kenali merupakan insan seni dan menjadi pendakwah hebat.  Inspirasi yang harus dikongsi bagaimana mereka yang dulunya tiada pengetahuan langsung...