Skip to main content

Allah Loves Me

Allah Loves Me



Hasil kisah benar yang dilalui oleh penulis buku ini.  Pengalaman hidup yang dilalui dari kecil, remaja dan hingga kini digarap dengan begitu teliti.  Sukar untuk mencari helaian yang membosankan untuk dibaca dalam buku ini.  

Tinggal bersama ibubapa yang berantakkan dan anak terutamanya penulis sering menjadi mangsa menyebabkan penulis lebih selesa menghabiskan zaman kecilnya bersama nenek kesayangan.  Aneh buat anak kecil ini (penulis) didera (secara lisan atau fizikal) sedari kecil oleh ibu kandung menyebabkan penulis perlu berusaha untuk kekal hidup.  Perpindahan ke ladang, aktiviti memancing dan waktu senggang yang diisi bersama nenek banyak mewarnai kehidupan beliau.

Zaman remaja dan dewasa juga tidak begitu indah.  Jatuh bangun tanpa ada yang peduli menyebabkan penulis sering berpindah randah dan menukar kerja.  Penglibatan dalam angkatan tentera juga tidak begitu mengujakan penulis tapi memberi kemahiran yang amat berguna hingga akhirnya beliau dapat berhijrah dan bekerja di tanah Arab.  Pengenalan berkaitan Islam banyak bermula di tanah Arab hingga menyebabkan di tanah berkat ini beliau mengucapkan syahadah.




Kehidupan yang dilalui amat perit ketika beliau berhenti dari angkata tentera, hingga ada waktunya perlu menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan bagi mengalas perut.  Beberapa liku kehidupan dilalui hingga menyebabkan beliau berhijrah ke tanah Arab.

Pengakhiran cerita beliau berhijrah ke Indonesia dan menceburi bidang yang beliau minati dan terlibat dengan aktiviti fotografi.  Di Indonesia juga beliau bertemu jodoh.  Nak tahu cerita selanjutnya, perlulah miliki buku ini.  Saya beli dengan harga RM35.00 dan saya ingin menjualnya pada harga RM10 sahaja.  Ada yang berminat nanti hubungi saya ya.


Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...