Skip to main content

Posts

Showing posts from November 1, 2009

Kereta....

Kereta.... oh kereta..... Tadi sambil melilau di kedai buku, terserempak kawan lama. Hai lama tak jumpa, cerita kereta yang keluar pulak. Agaknya, kerana terlalu tak berpuas hati tak sempat bertanya khabar hal kereta diutarakan (kurang asam punya kawan). Saya hanya setakat boleh mendengar sahaja kerana kurang berminat mengenai topik ini. Topik berkaitan kereta ini sebenarnya menjadi isu hangat kebelakangan ini, didada-dada akhbar penuh dengan cerita berkaitannya. Maafkan saya yang kurang arif ini berbicara.... daripada bualan rakan-rakan dan juga pembacaan sekali imbas diakhbar saya cuma memahami satu isu. Kereta yang melebihi 15 tahun perlu dilakukan sesuatu dengannya, dengan alasan kereta terlebih umur ini sering menyebabkan kemalangan dijalanraya. Hai... terbayang di kepala otak ni, ada ke orang duk merempit dengan kereta tua nie. Bila bercakap tanpa fakta, ianya akan menyebabkan satu fenomena berlaku.... Renung-renungkanlah...... kereta sebagaimana sebenarnya yang ser...

Kejayaan itu tidak datang dengan mudah

Meneroka kisah silam para bijak pandai, cendiakawan, jutawan, hartawan dan sebagainya; meninggalkan satu momentum yang sukar diuraikan. Impian untuk menjadi seperti mereka sering berlegar difikiran. Oh.... alangkah.... Tapi pernahkah kita mengkaji tentang kepayahan, kesengsaraan, penderitaan yang terpaksa mereka susuri sebelum segalanya dapat mereka genggami. Bukan semudah yang dijangka, malahan mereka juga mungkin tidak pernah menjangkakan pengakhiran hidup mereka akan berada di mata dunia. Oleh itu, andai diri ditimpa musibah, jangan mudah rebah. Andai diri sering diduga, jangan mudah berduka. Andai diri dihimpit masalah, jangan terlalu mudah berasa gundah. Ciptaan dan perancangan dariNya amat tidak terduga. Setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Setiap yang diduga ada ganjaran diakhirnya. jangan kita cuba meneroka dan meramal sesuatu yang pasti, tapi laluilah ia dengan mudah musabah diri. Orang yang berjaya itu permulaanya adalah duka, kecewa, gagal dan rebah.