Pulau Kapas http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Kapas Serba ringkas maklumat yang dapat saya kongsikan bersama saya ambil dari pautan laman di atas. Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan , kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang , Terengganu . Nama Pulau Kapas berasal daripada pokok kapas (tapi saya kurang pasti sama ada di Pulau Kapas mempunyai banyak pokok kapas atau pun tidak). Ini memandangkan sepanjang lawatan percutian saya ke sana, tidak pula walau pun sepohon pokok kapas yang saya jumpa Mungkin di namakan sebagai Pulau Kapas kerana ingin mengambarkan pantai Pulau Kapas yang putih bersih Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut: "Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan . Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengat...