Skip to main content

Posts

Showing posts from July 17, 2011

Lagi isu halal-sosej babi

  Tak habis-habis dengan isu halal (berkaitan logo halal).  Kita berada di dalam negara Islam yang mana umat islamnya terpaksa berwaspada ketika membeli barangan keperluan harian.  Kenapakah perkara seperti ini boleh terjadi?  Dimanakah kesilapan kita?  Membaca artikel di dalam harian metro ini memberi satu lagi gambaran jelas berkaitan isu halal di negara kita. Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my   KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”   Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.   Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis s...

Betul ke kita tak kisah mkn di tempat yg kotor??

‘Tak kisah gerai makan kotor’ Amat mengejutkan.  Saya seperti dikejutkan dari mimpi yg indah apabila membaca artikel ini di Harian Metro.  Tahniah kepada Harian Metro kerana berjaya menyingkap permasalah dan sikap rakyat kita ini.  Selalu ketika mengajar para pelajar di IPTA saya sering menegaskan betapa perihal pentingnya menjadi seorang yang cerewet ketika mnjamu selera di luar rumah.  Kebersihan peniaga, pekerja, persekitaran dan bagaimana makanan tersebut dipamerkan sering saya tekankan ketika mengajar.  Tetiba bil baca artikel nie, perasaan kecewa menghantui diri.  Kita makan dan bayar atas perkhidmatan yang ditawarkan dan sewajarnyalah kita mendapat layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya.  Ambillah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini.     KUALA LUMPUR: Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai ju...

Gastrik boleh puasa juga tau.....

Gastrik boleh puasa Ini penyakit bermusim.  Bila puas je dia timbul, habis puasa lenyaplah ia.  Satu alasan yang selalu diguna pakai oleh sang pemonteng puasa nie.  Jadi untuk anda yang ada penyakit nie atau sekadar inginkan pengetahuan mengenainya mungkin artikel ini dapat membantu anda. TIDAK sampai dua minggu kita akan menyambut kedatangan Ramadan. Ketika inilah ramai wanita berusaha bersungguh-sungguh menggantikan puasa yang tertinggal tahun lalu supaya tidak dikenakan denda (fidyah).  Walaupun Islam menyarankan supaya penggantian puasa ini dilakukan seawal mungkin, tetapi tindakan pada saat akhir ini masih ada kelebihannya. Setidak-tidaknya ia boleh melatih perut (dan badan) untuk bersedia menempuh puasa sebulan. Mungkin ada yang tersenyum, kenapa orang dewasa juga perlu berlatih puasa, bukankah ia biasanya dilakukan kanak-kanak? Betul, kanak-kanak dilatih puasa ketika Ramadan, tetapi orang dewasa berlatih sebelum Ramadan menjelma supaya mereka boleh menjala...