Skip to main content

Lagi isu halal-sosej babi

 

Tak habis-habis dengan isu halal (berkaitan logo halal).  Kita berada di dalam negara Islam yang mana umat islamnya terpaksa berwaspada ketika membeli barangan keperluan harian.  Kenapakah perkara seperti ini boleh terjadi?  Dimanakah kesilapan kita?  Membaca artikel di dalam harian metro ini memberi satu lagi gambaran jelas berkaitan isu halal di negara kita.


Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my
 
KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”   Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

 
Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.  Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.  “Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

ziarah orang sakit..

Lama tak balik kampung... biarpun kampung halaman cuma sepelaung perjalanan. Bila sesekali balik berbagai permintaan dan harapan ibunda curahkan. Sesekali terfikir penatnya alahai nak melayan bonda seorang nie. Tapi bila memikirkan mungkin bonda ingin bermanja, ikut ajelah kehendaknya. Bila lagi nak berbakti dengan orang tua, betul tak? Permintaan bonda yang tak pernah padam setiap kali kepulanganku ke kg. halaman adalah keinginannya menziarahi orang2 tua di kampung. Alasan bonda, takut tak berkesempatan. Padahal adanya aku di kg. pun bonda juga yang kena memandu (anak sorang nie bukannya pandai bawa keretapun...). Selalunya bila datang bab untuk menziarah nie, aku akan ditugaskan untuk menyediakan buah tangan. Malangnya tiada apa yang boleh diusahakan sebagai buahtangan di dapur bonda. Nak membeli bahan di pekan, sepanjang hari hujan tak berhenti turun. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja dadih yang kebetulan kilang pemperosesannya berada berhampiran rumah. K...