Ramadhan, ketibaan yang dinantikan pemergian yang tidak dialukan. Betapakan ramadhan terlalu bermakna terutama kepada mereka yang mengejar ganjaran dari ibadah yang dilaksanakan. Bagi yang lain, ramadhan juga membawa erti yang pelbagai; kemeriahan segala jenis makanan di pasar ramadhan, bulan menjana lebihan pendapatan bagi peniaga, bulan mengajar erti nilai kemanusiaan dan sebagainya..... Saya lak, sepanjang puasa kali ini tidak lalu untuk menjamah makanan berasakan nasi, tidak teringin, tidak terliur dan tidak, tidak tidak lagi adanya. Oh! alangkah berkerongcongnya perut saya bila hari menjengah ke petang. Setiap hari, rutin yang sama berlaku, perut berdendang sayang; tapi apa boleh buat tekak tak mengizinkan. Tetiba saya menginsafi dir, baru kecil nikmat Allah tarik saya sudah mengeluh. Bagaimana jika musibah besar yang diturunkan...... Bukan itu sahaja, tiada walau satu masakanpun yang saya inginkan ketika ramadhan ini. Tiada nafsu, ...