Sarapan ringkas berhasiat Bagi yang mempunyai anak pasti, saat hendak melelapkan mata, fikiran terlebih dahulu menerawang merangka resepi atau sajian untuk keluarga untuk disediakan sebagai sarapan, makan tengahari dan malam keluarga keesokkan hari. Meletihkan, memenatkan dan sangat mencabar kreabiliti untuk menjadi seorang ibu sebenarnya. Beban akan lebih terasa seandainya anda juga punya tanggugjawab di tempat kerja. Double plus extra beban jika anda bukan seorang yang pandai memasak seperti saya. Menu sudah terangka, masakan sudah tersedia tapi ada cabaran lain pulak yang menanti. Cabaran untuk membentuk dan memastikan anak mengikut rutin harian bersarapan yang betul setiap pagi secara berterusan. “Amalkan pengambilan sarapan yang berkhasiat paling tidak pun sediakan roti dan susu namun dalam kuantiti yang sedikit terlebih dulu bagi membiasakan diri anak mengambil makanan pada awal pagi. Oh! saya pernah mengalami keadaan patah hati bila anak tak mahu menja...