Lama tak balik kampung... biarpun kampung halaman cuma sepelaung perjalanan. Bila sesekali balik berbagai permintaan dan harapan ibunda curahkan. Sesekali terfikir penatnya alahai nak melayan bonda seorang nie. Tapi bila memikirkan mungkin bonda ingin bermanja, ikut ajelah kehendaknya. Bila lagi nak berbakti dengan orang tua, betul tak? Permintaan bonda yang tak pernah padam setiap kali kepulanganku ke kg. halaman adalah keinginannya menziarahi orang2 tua di kampung. Alasan bonda, takut tak berkesempatan. Padahal adanya aku di kg. pun bonda juga yang kena memandu (anak sorang nie bukannya pandai bawa keretapun...). Selalunya bila datang bab untuk menziarah nie, aku akan ditugaskan untuk menyediakan buah tangan. Malangnya tiada apa yang boleh diusahakan sebagai buahtangan di dapur bonda. Nak membeli bahan di pekan, sepanjang hari hujan tak berhenti turun. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja dadih yang kebetulan kilang pemperosesannya berada berhampiran rumah. K...