Skip to main content

ziarah orang sakit..


Lama tak balik kampung... biarpun kampung halaman cuma sepelaung perjalanan. Bila sesekali balik berbagai permintaan dan harapan ibunda curahkan. Sesekali terfikir penatnya alahai nak melayan bonda seorang nie. Tapi bila memikirkan mungkin bonda ingin bermanja, ikut ajelah kehendaknya. Bila lagi nak berbakti dengan orang tua, betul tak?

Permintaan bonda yang tak pernah padam setiap kali kepulanganku ke kg. halaman adalah keinginannya menziarahi orang2 tua di kampung. Alasan bonda, takut tak berkesempatan. Padahal adanya aku di kg. pun bonda juga yang kena memandu (anak sorang nie bukannya pandai bawa keretapun...).

Selalunya bila datang bab untuk menziarah nie, aku akan ditugaskan untuk menyediakan buah tangan. Malangnya tiada apa yang boleh diusahakan sebagai buahtangan di dapur bonda. Nak membeli bahan di pekan, sepanjang hari hujan tak berhenti turun. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja dadih yang kebetulan kilang pemperosesannya berada berhampiran rumah.

Ketika sampai ke kilang dadih ini, hujan masih lagi mencurah turun. Kedatangan kami tidak bersambut, biarpun tuan rumah seorang wanita sebayaku menjawab salam dan keluar menjenguk ke pintu. Hatiku tetiba menjadi sakit kerana ibu dibiar dibasahi rintikan hujan tanpa sebarang pelawaan masuk ke rumah.

Masih berkeadaan ditimpa hujan, ibu menyampaikan hajat ingin membeli dadih sebagi buah tangan untuk menziarah orang nanti. Tugasan memilih dadih tersebut diserahkan padaku. Di sini hati menjadi ralat sekali lagi kerana dadih itu tidak diisi mengikut sukatan yang standard. Ada yang diisi cuma sesuku penuh bekas dan sebagainya.

Aku mengambil hampir 20 bekas kerana tahu bondapun suka dadih ini. Seberkas dijual dengan harga RM1.00, biar ambik begitu banyak dan telah diketahui niat atau tujuan pembelian dadih tersebut; wanita tersebut tidak mahu memberi sebarang diskaun biar puas diminta olehku. Ikut kata hati, ingin sahaja kutinggalkan dadih itu kesemuanya di situ dan berlalu pergi; tapi tak tergamak bila melihat wajah bonda yang masih ditimpa hujan.

Dengan hati yang sebal (kesal memikirkan sikap peniaga melayu...)kami teruskan perjalanan ke rumah yang ingin diziarah. Seorang atuk yang agak uzur dan berusia. Kata ibu bacaan tahlil telahpun diadakan baru-baru ini untuk atuk tersebut.

Menziarah orang sakit, amat menginsafi diri... begitu agaknya nasibku nanti. kami dipelawa masuk oleh isteri atuk ke dalam rumah. Ketika aku ingin menyerahkan buahtangan dadih tadi, tetiba kelibat 2 orang cucu atuk ini masuk ke ruang kami berada. Kata si cucu kepada neneknya,"nenek! kami ambik semualah dadih nie. Atuk tu bukannya nak boleh makanpun". bayangkanlah tutur begitu dituturkan depan tetamu yang menziarah dan memberi buahtangan tersebut.

Aku dan bonda tergamam.. rasa biadap betul cucu tersebut... Tidakkah dia terfikir akan perasaan kami, jika pun tidak fikirkanlah perasaan atuk mereka yang terlantar sakit tu. Aduhai... hari yang sayu dan syahdu bagiku, menangis didalam hati kecilku sama laju agaknya dengan rintikan hujan yang masih mencurah turun di musim tengkujuh ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...