Assalamualaikum mulai bicara, Hari ini saya rasa sangat mengantuk sekali. Padahalnya sekejap sahaja lagi saya perlu memulakan sesi pengajaran, tugas hakiki yang diamanahkan yang menjadi sumber rezeki kepada saya sekeluarga. Rasa mengantuk yang disebabkan tidur malam tak lena, tidur malam tak lena yang disebabkan oleh karenah anak didik yang bakal menjadi meneraju bangsa. Ya! Allah janganlah kau jadikan mereka manusia yang zalim, jadikan mereka hambaMu yang tawaduk. Semalaman saya asyik terfikirkan sekumpulan pelajar ini. Dibantu, dibimbing, diajar, dinasihati tapi masih tidak dapat menilai mana batas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati seorang yang lebih tua dari mereka, tidak tahu nikmat syukur, tidak tahu menggunakan peluang yang ada. Apabila terantuk, baru hendak terandah. Setelah separuh hari bersama mereka, (hati ingin meluahkan, tapi separuh diri berkata jangan.....) saya akhiri hari say...