Skip to main content

Salah di mana?

Assalamualaikum mulai bicara,
Hari ini saya rasa sangat mengantuk sekali.  Padahalnya sekejap sahaja lagi saya perlu memulakan sesi pengajaran, tugas hakiki yang diamanahkan yang menjadi sumber rezeki kepada saya sekeluarga.  Rasa mengantuk yang disebabkan tidur malam tak lena, tidur malam tak lena yang disebabkan oleh karenah anak didik yang bakal menjadi meneraju bangsa.  Ya! Allah janganlah kau jadikan mereka manusia yang zalim, jadikan mereka hambaMu yang tawaduk.
 
Semalaman saya asyik terfikirkan sekumpulan pelajar ini.  Dibantu, dibimbing, diajar, dinasihati tapi masih tidak dapat menilai mana batas mereka sebagai pelajar.  Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati seorang yang lebih tua dari mereka, tidak tahu nikmat syukur, tidak tahu menggunakan peluang yang ada.  Apabila terantuk, baru hendak terandah.  Setelah separuh hari bersama mereka, (hati ingin meluahkan, tapi separuh diri berkata jangan.....) saya akhiri hari saya dengan perasaan yang bercampur baur, kesal, sesal, sedih, terluka, tersinggung..... tiada kata dapat mengambarkan perasaan luka dihati saya.
 
Maaf mata pena terpaksa berhenti bicara, saya perlu melaksanakan tanggungjawab sekarang.  Moga, pelajar hari ini, akan menjadi penawar buat saya.....

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...