Skip to main content

Posts

Showing posts from March 18, 2012

Melayu.....

MELAYU OH MELAYU by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, March 22, 2011 at 11:31am.1. (Perkongsian ilmu ini saya ambil dan kongsikan bersama anda dari laman blog Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, insan yang amat saya kagumi ketokohannya, moga intipati dari laman ini dapat menyedarkan kita semua; tentang nasib bangsa kita). Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dia dilahir berbangsa Melayu.  Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.  Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.  Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempa...