Skip to main content

Melayu.....

MELAYU OH MELAYU
by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, March 22, 2011 at 11:31am.1.
(Perkongsian ilmu ini saya ambil dan kongsikan bersama anda dari laman blog Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, insan yang amat saya kagumi ketokohannya, moga intipati dari laman ini dapat menyedarkan kita semua; tentang nasib bangsa kita).


Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dia dilahir berbangsa Melayu.  Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.  Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.  Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.  Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.  Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.  Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.  Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.  Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.  Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.

Tun Dr Mahathir during Merdeka day celebration

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...