Skip to main content

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan. 

  Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali. 

  On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Moga rezeki yang kita perolehi, dapat kita manafaatkan untuk perkara berfaedah dan dikongsikan bersama, amin.

Comments

Popular posts from this blog

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Communication skill

Oleh Noor' Jannah Abdullah Sani Harian METRO Kepetahan berbicara anak kelahiran Pulau Pinang ini meletakkannya sebaris dengan pemimpin dunia dalam usia muda. Pencapaian berbangga turut dikongsi melalui ‘pingat jasa Malaysia’ diterimanya.  Sudah mengelilingi 22 negara, membuatkan dirinya terus bersemangat dalam mencetuskan sesuatu yang baru bagi disalurkan kepada belia di luar sana. Sentiasa dijemput berucap bagi memaksimumkan potensi belia, menjadikannya lebih mengenali jiwa remaja masa kini. Mewujudkan inovatif dan nilai kreatif kepada para belia membuatkan anak sulung dua beradik ini sentiasa menghargai peluang di depan mata.  Hanya berbekalkan ilmu, pengalaman dan jelas matlamat, pemuda peramah ini semakin yakin dengan hala tuju. Walaupun ada ketika keperitan terpaksa dilalui, dia tidak mudah melatah. Apatah lagi dengan persepsi segelintir masyarakat terhadap kewibawaan sebagai ‘orang muda’. Sebagai ahli pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa Kementerian Pengaji...