Skip to main content

Sarapan apa?

Sarapan ringkas berhasiat


Bagi yang mempunyai anak pasti, saat hendak melelapkan mata, fikiran terlebih dahulu menerawang merangka resepi atau sajian untuk keluarga untuk disediakan sebagai sarapan, makan tengahari dan malam keluarga keesokkan hari. Meletihkan, memenatkan dan sangat mencabar kreabiliti untuk menjadi seorang ibu sebenarnya. Beban akan lebih terasa seandainya anda juga punya tanggugjawab di tempat kerja.  Double plus extra beban jika anda bukan seorang yang pandai memasak seperti saya.

Menu sudah terangka, masakan sudah tersedia tapi ada cabaran lain pulak yang menanti.  Cabaran untuk membentuk dan memastikan anak mengikut rutin harian bersarapan yang betul setiap pagi secara berterusan.  “Amalkan pengambilan sarapan yang berkhasiat paling tidak pun sediakan roti dan susu namun dalam kuantiti yang sedikit terlebih dulu bagi membiasakan diri anak mengambil makanan pada awal pagi.  Oh! saya pernah mengalami keadaan patah hati bila anak tak mahu menjamah makanan yang disediakan untuk sarapan di pagi hari, sedangkan kita nie punyalah beria bangun awal pagi untuk menyediakannya.


“Mungkin pada awalnya mereka enggan memakannya kerana masih terlalu awal tetapi sekiranya dilakukan secara rutin dan berterusan setiap hari, ia akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka,” itu kata pakar.  Pengambilan nutrisi yang betul mengikut usia kanak-kanak terutama susu dalam sarapan pagi banyak mempengaruhi diet pemakanan seimbang bagi kanak-kanak.  Ini disebabkan susu banyak mengandungi zat penting seperti kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang penting untuk pertumbuhan tulang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potasium, sodium, zat besi dan sulfat.


“Jangan hanya menginginkan perkara terbaik bagi anak tetapi ibu bapa tidak menjadikan ia sebagai gaya hidup kerana ia menunjukkan sikap negatif terhadap anak itu sendiri.  “Sebagai contoh, jika mahukan anak mengambil sarapan pagi, ibu bapa perlu bersama mereka menikmati hidangan berkenaan,” katanya.
“Pastikan mereka bangun awal dan berikan masa untuk mereka merapikan diri dan hidangkan dengan sarapan mudah sekiranya mereka tidak mampu mengambil makanan biasa.


Antara tip yang boleh digunakan bagi memastikan anak mengambil sarapan pagi dengan makanan berkhasiat seperti disediakan iaitu:

• Pastikan anak turut sama mengambil peranan dalam proses penyediaan hidangan terbabit.
• Gunakan kreativiti untuk menghasilkan hidangan yang menarik bagi menarik minat anak.
• Pelbagaikan penyediaan makanan agar anak tidak mudah bosan.
• Duduk bersama ketika makan dan bercerita mengenai sesuatu yang menyeronokkan.
• Jumlah hidangan yang disediakan juga jangan terlalu banyak dan mengikut kesesuaian serta kehendak 
  anak. Seelok-eloknya mulakan dengan jumlah yang sedikit agar mereka mampu membiasakan diri
  dengannya.
• Jadikan ia sebagai amalan berterusan

Tadaa.... marilah kita kuatkan semangat untuk menyediakan sarapan buat keluarga kita :)

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...