Skip to main content

Ramadhan telah berlalu pergi.....

Ramadhan, ketibaan yang dinantikan pemergian yang tidak dialukan.  Betapakan ramadhan terlalu bermakna terutama kepada mereka yang mengejar ganjaran dari ibadah yang dilaksanakan.  Bagi yang lain, ramadhan juga membawa erti yang pelbagai; kemeriahan segala jenis makanan di pasar ramadhan, bulan menjana lebihan pendapatan bagi peniaga, bulan mengajar erti nilai kemanusiaan dan sebagainya.....

Saya lak, sepanjang puasa kali ini tidak lalu untuk menjamah makanan berasakan nasi, tidak teringin, tidak terliur dan tidak, tidak tidak lagi adanya.  Oh! alangkah berkerongcongnya perut saya bila hari menjengah ke petang.  Setiap hari, rutin yang sama berlaku, perut berdendang sayang; tapi apa boleh buat tekak tak mengizinkan.  Tetiba saya menginsafi dir, baru kecil nikmat Allah tarik saya sudah mengeluh.  Bagaimana jika musibah besar yang diturunkan......  Bukan itu sahaja, tiada walau satu masakanpun yang saya inginkan ketika ramadhan ini.  Tiada nafsu, tiada keinginan, bila tangan menjinjing kuih-muih di tangan; semuanya bukan untuk saya tapi anak-anak.  Manalah perut tak berdondang sayang, berrap, berzapin, berinang sayang..... aduh! perit betul rasanya. 

Tapi disebaliknya saya mengucap syukur, kerana ia mengajar saya melihat insan disekeliling; setiap kali jamahan makanan masuk ke kerongkong, saya memikirkan nasib insan malang.  Dan kerananya alhamdulilah, saya menghulur dan berkongsi apa yang saya ada ketika itu bersama teman, jiran dan petugas yang menjaga kediaman saya seadanya. 



Dan kini ramadhan itu berlalu pergi.  Entah bila akan kembali.  Entahkan saya berkesempatan menyambutnya lagi.  Moga saya akan diberi kesempatan meraikan kedatangan bulan mulia ini sekali, dua kali dan berkali-kali lagi.  Masih banyak yang perlu saya pelajari dari keberkatan bulan mulia ini.  Amin rabia alamin......

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...