Skip to main content

Betul ke kita tak kisah mkn di tempat yg kotor??

‘Tak kisah gerai makan kotor’

Amat mengejutkan.  Saya seperti dikejutkan dari mimpi yg indah apabila membaca artikel ini di Harian Metro.  Tahniah kepada Harian Metro kerana berjaya menyingkap permasalah dan sikap rakyat kita ini.  Selalu ketika mengajar para pelajar di IPTA saya sering menegaskan betapa perihal pentingnya menjadi seorang yang cerewet ketika mnjamu selera di luar rumah.  Kebersihan peniaga, pekerja, persekitaran dan bagaimana makanan tersebut dipamerkan sering saya tekankan ketika mengajar.  Tetiba bil baca artikel nie, perasaan kecewa menghantui diri.  Kita makan dan bayar atas perkhidmatan yang ditawarkan dan sewajarnyalah kita mendapat layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya.  Ambillah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini.
 
 
KUALA LUMPUR:
Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai juadah disediakan peniaga di kawasan itu.  Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, ramai menjamu selera di kawasan itu tanpa memikirkan kesan bakal diperoleh dengan memakan hidangan belum pasti tahap kebersihannya.  Beberapa pengunjung, ditemui rata-rata memberikan reaksi yang mengejutkan.


Pelanggan mahu dikenali sebagai Aziah, berkata makanan di situ memang sedap dan harga ditawarkan juga tidak membebankan.  Saya tidak berapa mengambil kira, soal kebersihan di sini kerana saya yakin makanan dijual bersih dan setakat ini belum pernah mengalami apa-apa sakit. Lagipun, sudah menjadi perkara biasa gerai makan kotor,” katanya.  Menurutnya, bilangan pelanggan yang ramai membuktikan kedai di kawasan sekitar tidak akan menjejaskan kesihatan mana-mana pihak.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rahim yang bekerja tidak berapa jauh dari situ memberikan reaksi yang hampir serupa.  “Jarak yang dekat dengan tempat kerja memungkinkan saya makan di sini setiap hari. Saya rasa setakat ini tidaklah kotor. Ramai juga yang makan di sini,”

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...