Skip to main content

Tuhan Sayang Aku

Tuhan Sayang Aku


Hasil garapan penulisan pengalaman beberapa orang tokoh saudara baru.  Hasil perkongsian yang baik.  Para penulis ini tidak lokek untuk bercerita kisah mereka sebelum dan selepas mereka bergelar saudara Islam.  Kebanyakkannya mempunyai susur-galur pengalaman yang pahit, kehidupan yang agak sukar, keluarga yang berpecah belah, tiada arah tuju dan kekurangan kasih sayang serta perhatian keluarga.

Pengalaman dan kisah yang berbeza bagaimana mereka boleh mendapat hidayah dan dibukakan hati untuk belajar sesuatu tentang agama Islam.  Hampir kesemuanya merasa sesuatu yang berbeza apabila mula mendekati Islam.  Perubahan kehidupan, dikecam pada awalnya dan bagaimana kemudian mereka menjadi kuat dan diberi kelebihan untuk membantu saudara baru yang lain.  

Ada antara mereka yang kita kenali merupakan insan seni dan menjadi pendakwah hebat.  Inspirasi yang harus dikongsi bagaimana mereka yang dulunya tiada pengetahuan langsung berkaitan Islam tapi kini boleh menjadi pendakwah. 
Agak mengujakan dan memberi inspirasi buat saya dan mungkin pada kalian semua; untuk menjadi setabah dan sekuat mereka.  Buku ini saya beli dengan harga RM25.00, amat berbaloi, siapa nak buku ini saya nak jual dengan harga kasih sayang Rm10.00 sahaja.  




Comments

Popular posts from this blog

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Communication skill

Oleh Noor' Jannah Abdullah Sani Harian METRO Kepetahan berbicara anak kelahiran Pulau Pinang ini meletakkannya sebaris dengan pemimpin dunia dalam usia muda. Pencapaian berbangga turut dikongsi melalui ‘pingat jasa Malaysia’ diterimanya.  Sudah mengelilingi 22 negara, membuatkan dirinya terus bersemangat dalam mencetuskan sesuatu yang baru bagi disalurkan kepada belia di luar sana. Sentiasa dijemput berucap bagi memaksimumkan potensi belia, menjadikannya lebih mengenali jiwa remaja masa kini. Mewujudkan inovatif dan nilai kreatif kepada para belia membuatkan anak sulung dua beradik ini sentiasa menghargai peluang di depan mata.  Hanya berbekalkan ilmu, pengalaman dan jelas matlamat, pemuda peramah ini semakin yakin dengan hala tuju. Walaupun ada ketika keperitan terpaksa dilalui, dia tidak mudah melatah. Apatah lagi dengan persepsi segelintir masyarakat terhadap kewibawaan sebagai ‘orang muda’. Sebagai ahli pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa Kementerian Pengaji...