Skip to main content

Make Over bersama student part 4

                                                                                                                                           
 Saya memang suka bagi bebudak student nie suspens dan tertunggu-tunggu.  Entah berapa puluh kali ntah dia orang minta saya up loadskan gegambar make over (make overlah sangat....) nie kat FB.  Tapi saya buat dono jerr.

Bukan sengaja tetapi saya dihambat dengan tugasan yang bertimpa-timpa sehingga tidak begitu mengizinkan saya untuk meng up loadkan gegambar nie.  Sorry naik lori buat suma student yang terlibat secara live atau idak dalam projek X, Y, Z nie.


Korang tengok sendirilah betapa sporting dan suka sesangat bebudak nie bila dapat berposing depan camera.  Si Anjali dengan gaya si pelakon Fahrinnya.  Si Epul dengan gaya tabik spring longgarnya (Ish! tak pengsan pulak minah kat depan Epul tu, bila Epul kepakkan tangannya).

Yang paling cun mestilah mak budak yang duk kat tengah-tengah tu (tak mau kalah.....).  But serious talk, I like Qiba... Hem! look sweet with her new image.

Sayang awak suma...., tengok sampai senget-menget badan saya kena tolak dengan bebudak nie.  Tak... nie gaya cleopatra. 

Si Anjali tetap gak dengan aksi mat smart dia.  Tak apelah Anjali, sem depan saham awak melambung...  Tengok si Zharif, comel sesangat; takyahpun posing maut cam si Epul.  Nanad, posing maut (yea... saya faham penat mengecat ruang bilik nie kan Nanad??). 

Ini antara projek seliaan saya bersama student DFSM (angkat sikit course tu).  Dalam belajar subjeks Housekeeping, saya rasa mereka sangat tertekan kerana terpaksa mengadap 14 chapter.  So I try to create new fun learning environment to them.  Tak tahulah dia orang suka ke tak, atau rasa terdera dikerjakan saya.

Kalau perasan Si Epul nie memang suka berposing depan camera.  Si Lelaki Melayu terakhir nie, tak tahulah nak jadi apa nanti....  bab posing memang dia sapu bersih.


Ini merupakan semester terakhir para pelajar nie berjumpa dengan saya.  Bila dah jadi senior sem depan, mereka akan mula lupakan saya.  Ialah seniorlah katakan.  Saya tak mengharapkan apa-apa dari mereka cukup kalau dapat mendengar cerita kejayaan mereka, itu lebih saya hargai dan nantikan.

Paling tidak Anjali dengan Qiba yang asyik bergaduh.  Kalau tetiba dengar cite mereka berdua bercouple pun elok juga.....
Isni, yang comel dari Sabah.  Harap-harap akan sentiasa mengingati saya.  Begitu juga dengan Azizul (yang tetiba sejak dua menjak nie sibuk menyoal diri "betul ke aku budak nakal?"), Shuhada, Shakila dan pada yang lain juga (yang namanya tidak saya sebutkan di sini).  Maafkan saya, andai ilmu yang saya beri tidak seberapa, andai terlanjur kata, menguris rasa, perbuatan dan pertuturan yang tidak dapat diterima; maafkan saya.  Saya tidak maksudkannya.  Apa yang saya lakukan semuanya kerana ingin melihat awak suma berjaya.
Simpan semua sebagai kenangan dan abadikan dalam ingatan....... 

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...