Cite banyak tak guna. Sebabnya dah teleng-teleng kepala nie duk mengerjakan gegambar bebudak nie. Jap gi nak gi kedai cuci gambar besar-besar then tampal kat opis. Saja nak bagi bebudak lain jeles. Lastly berjaya gak mengerjakan Picasa (betul ke ejaannya)... dan hati sangat gumbira, walau kain baju banyak tak berlipat dan diseterika kerana mengerjakan benda alah nie. Wokay layannnn.....
Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Comments
Post a Comment