Skip to main content

makan apa hari nie....

2hb. November 2010 (Selasa)
Pagi saya sentiasa bermula dengan kesibukkan yang terpaksa ditanggung sama ada dengan rela hati atau separuh hati....  Camnielah bila dah kahwin, ada anak bersekolah dan kita bekerja pulak.  Sarapan saya bermula pada 8.30 pagi dengan sebungkus nasi lemak (50 sen) yang dibeli oleh hubby selepas menghantar anak perempuan ke sekolah.

9.00 pagi di office saya mencari 1 cup of coffee, sebagai penahan ngantuk yang tak sudah.... then bersama kudapan kekacang 1 genggam.  Kat pukul 2.00 petang baru saya ambil lunch itu pun cuma berupa 3 keping roti tuna bercampur mayonis.

Balik dari office hampir pukul 6.30 petang.  Ambil anak di sekolah, then sampai rumah pukul 6.35.  Rehat dgn.  beberapa biji coklat.  Mula singsing lengan untuk memasak , bila anak mula berkelahi.  Menu ringkas aje hari nie.  Nasi goreng bercampur telur, daging dan kacang buncis.  Satu lagi, saya buat roti arab cicah dgn. sardin masak sambal dan sambal udang.  Nampaknya nasi goreng habis dikerjakan suami dan anak-anak, cuma tinggal segenggam untuk saya.  Jadi makan malam saya ialah segenggam nasi goreng, 3 keping roti tuna dan setengah biji roti arab.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...