Skip to main content

Communication skill

Oleh Noor' Jannah Abdullah Sani
Harian METRO

Kepetahan berbicara anak kelahiran Pulau Pinang ini meletakkannya sebaris dengan pemimpin dunia dalam usia muda. Pencapaian berbangga turut dikongsi melalui ‘pingat jasa Malaysia’ diterimanya. 
Sudah mengelilingi 22 negara, membuatkan dirinya terus bersemangat dalam mencetuskan sesuatu yang baru bagi disalurkan kepada belia di luar sana.

Sentiasa dijemput berucap bagi memaksimumkan potensi belia, menjadikannya lebih mengenali jiwa remaja masa kini. Mewujudkan inovatif dan nilai kreatif kepada para belia membuatkan anak sulung dua beradik ini sentiasa menghargai peluang di depan mata.  Hanya berbekalkan ilmu, pengalaman dan jelas matlamat, pemuda peramah ini semakin yakin dengan hala tuju. Walaupun ada ketika keperitan terpaksa dilalui, dia tidak mudah melatah. Apatah lagi dengan persepsi segelintir masyarakat terhadap kewibawaan sebagai ‘orang muda’.

Sebagai ahli pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa Kementerian Pengajian Tinggi, Michael melihat pelbagai strategi idea yang sesuai untuk dikembangkan dalam perniagaannya. Melalui pengalaman dan pencapaian dirinya, tidak hairan jika dia dipilih sebagai juri beberapa pertandingan terkemuka.

Dorongan keluarga

Michael Teoh
26 Tahun
Pulau Pinang
www.michealteoh.com

“Perkara yang mendorong saya sampai ke tahap ini sudah tentunya ibu bapa. Ketika berusia 16 tahun, saya menghadiri banyak program kepimpinan yang dihantar ibu bapa saya. Dari situ tercetus minat untuk pergi jauh dalam bidang ini. Idola dan mentor turut memainkan peranan walaupun mereka berlainan industri dan kebanyakannya pegawai eksekutif termasuk pemilik syarikat penerbangan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Banyak mempelajari pengalaman beliau melalui cerita di laman Internet dan media, sedikit sebanyak mencetuskan inspirasi buat saya yang masih muda untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Saya bersyukur dengan kejayaan melakukan aktiviti kepada para belia luar dan dalam negara termasuk Amerika Syarikat, India dan Australia. Kejayaan ini lebih menampakkan bakat Malaysia dikehendaki serata dunia.

“Bagi saya, remaja Malaysia banyak diberikan peluang, mereka sangat beruntung. Bagaimanapun mereka tidak tahu nak menonjolkan bakat itu terutama untuk melancarkan sesuatu projek. Mereka tidak tahu membuat kertas cadangan, mendapatkan dana dan mengembangkan idea. Jika mereka ingin tahu lebih lanjut, boleh melayari www.challenge.my atau terus berhubung dengan saya melalui www.michaelteoh.com.

“Penyakit utama remaja ialah tiada keyakinan diri. Hakikatnya belia Malaysia besar bakat. Semasa melancarkan perniagaan di luar negara luar, saya melihat remaja di sana petah bercakap memberi idea, berbeza orang kita yang lebih gemar senyap. 

Bersuara dengan jelas

1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA
Anda perlu tentukan bila perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting. Sekiranya perlu diulang, maka ulanglah supaya penonton dapat mencerap maklumat itu.

Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekali gus dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan. Jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas saja. Semput anda nanti!

2. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN
Sebaiknya anda merakamkan suara semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman itu, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. Kaedah ini dapat menilai kualiti suara dan ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik.

Kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Di sini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.

3. HINDARI ‘NONVOCALIZED PAUSES’
Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses (seperti “umm”, “uhh” dan lain-lain).

4. JADILAH DIRI ANDA
Bercakap ikut keselesaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Tumpukan mesej ingin disampaikan.

5. BERHENTI SEKETIKA
Jangan terus-terusan ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti ‘hadirin sekalian’ dan sebagainya untuk ‘rehat’ dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan penonton lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda.

6. KAWAL NADA SUARA ANDA
Bayangkan suara anda seolah-olah sistem ‘amplifier’ yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendah. Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara terbaik. Kuatkan suara anda pada fakta penting, rendahkan suara pada perkara sedih atau memerlukan penghayatan. Seorang pemidato selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...