Skip to main content

Make over bersama student part 5


Salam sayang, salam penuh takzim.  Saya amat berterima kasih pada para pelajar ini kerana sudi membantu saya mengerjakan bilik stor menjadi sedemikian cantik.  Tanpa jasa mereka entah bila tahun bilik tu nak jadi cantikpun entahlah.....

Ada ke yang terasa rela terpaksa?  Jika itu yang berlaku, saya mohon maaf.  Itu kekhilafan saya.  Ceh! nie angkara membaca satu novellah nie, ayat pun dah jadi semacam.
Cuba bayangkan sebuah stor yang macam-macam ada berubah jadi cantik......  Hem, hebat, hebat kerana diusahakan oleh para pelajar ini.  Paling hebat, mereka melaksanakannya dengan tawa riang.  Saya akan rindukan saat-saat bersama mereka.


Maaf banyak event yang mereka anjurkan tak dapat saya sertai.  Malahan untuk yang terakhir kalinyapun, tidak dapat saya turut serta.  Maaf, ada perkara yang menghalangnya.  Walaubagaimanapun, saya ingin mereka tahu, yang saya sayangkan mereka dengan sepenuh hati dan doa saya sentiasa mengiringi mereka.  Ilmu yang saya titipkan tidak seberapa, tambahkanlah ilmu yang ada; awak semua mesti menjadi seorang yang lebih berilmu dan berjasa dari saya.  Amin.......


Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...