Skip to main content

Brader... apahal lu nie??

Tumbuk bini????  Suka hati jewkan.  Itulah, time suka, time bercinta cam nak kendong je bini tu.  Bila dah lama kawin, jangankan memuji nak pandangpun kekadang naik menyampah.  Dah lama kawin, dah lama hidup bersama; menyampahnya tahap gaban.  Padahal bini tu punyalah cun melecun cam Rozita Che Wan.  Duk terasa kat hati, bini dah cam muka kapal selam pecah kena bom atom.  Adeh! suka hati je ko jang, ngata bini gitu.  Bini tu sampai tua sambut ko balik kerja kat muka pintu tu pun; duk kena marah.  Ada juga yang sound bini, "awak nie nape?? buang tebiat ke pa.... lain kali jangan buat saya camnie".  "Boleh mati cepat saya kalau selalu camnie, terkejut... sakit jantung saya cam nampak hantu pontianak".

Ter"emo..."lah pulakkan. Nie ha, teringat teman tetiba satu citer kat suratkhabar nie: Hanya kerana meminta wang untuk membelikan baju raya bagi anak-anaknya, seorang suri rumah patah tulang hidung ditumbuk suaminya.  Entah apalah yang berlaku sebenarnya, hanya Alah yang tahu.  Kita yang mendengar dan membaca nie, ambik-ambiklah iktibar mana yang patut. 

Alhamdulilah..... untuk persiapan raya selalunya saya akan mula merancang dari awal tahun.  Walaupun bekerjaya, saya lebih suka merancang sesuatu perbelanjaan besar dari awal.  Dari mencari kain tema baju raya, sampin suami dan kain pelekat untuk bapa mertua, suami dan bapa sendiri semuanya saya rancangkan dari awal.  Baju anak, sendiri punya baju pun saya siapkan awal2.  Untuk perabot, langsir, carpet dan sebagainya pula, oh! saya tak nak ambik tahu. Pakai je apa yang ada.....  Biarlah orang nak kata apa (ada ke yang nak ngata??) atau mungkin yang menjuih; apalah.... tak shopping, tak berabis time nak raya..... tak meriahlah.  Tak terasalah kehangatan nak sambut raya tu.....  Biarlah.. biarlah..janji teman tak panas punggung nak bayar hutang udahlah.



Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...